TENTANG KAMI
UK ICE BLENZ || THE HOTEST ICE BLENDED IN TOWN

Perniagaan UK ICE BLENDZ ini merupakan satu perniagaan yang menggunakan Konsep "Ready2Biz" (Sedia Untuk Bisnes) yang pasti memberi keuntungan dan pulangan yang besar bagi sesiapa yang menyertai kami. Secara mudahnya konsep "Ready2Biz" hanya memerlukan seseorang itu mencari lokasi yang sesuai untuk terus mengaplikasikannya tanpa modal dan risiko tinggi.

Ianya menjurus kepada sebuah idea model perniagaan yang telah sedia untuk diusahakan oleh bakal-bakal usahawan kerana semua produk, peralatan dan tunjuk ajar akan di sediakan sepenuhnya.

GROUP of UK ICE BLENDZ



Konsep perniagaan UK ICE BLENDZ ini ianya amat mudah dijalankan, malahan pelanggannya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat tidak kira kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa.

Anda juga dijamu dengan menu-menu terkini dari UK ICE BLENDZ dan pasti akan dapat merasai serta menikmati rasa ice blended yang terbaik dan original pada masa kini dan akan datang.

Kami menawarkan beberapa pilihan produk untuk pilihan iaitu :-

powder
UK CHOCOLATE
UK CAPPUCCINO
UK MOCHA
UK VANILLA
UK LATTE
UK YUMMY FUNKY
UK RED CHOC
UK BLUE ICEZ
UK GREEN HONEY

smoothies
UK STRAWBERRY
UK ORANGE
UK GRAPE
UK MANGGO
UK KIWI

Semua ini diisi ke dalam gelas plastik dan dihiasi dengan whipped cream chocolate colour rice untuk rasa enak berkrim dan kelihatan lebih menarik [ sedia diminum atau dibawa pulang oleh pelanggan ].

Bagaimana ingin bermula??
Jawapan Ringkas::

  • Anda perlu keluarkan/korbankan sedikit modal
  • Anda perlu ada sedikit ilmu asas perniagaan
  • Anda perlu luangkan sedikit masa

Bagaimana ingin bermula dengan bisnes ini??
Jawapan Ringkas::

  • Anda kenal pasti tempat/tapak untuk berniaga seperti- pasar malam, cafe, kolej, tapak konvo, tapak ramadhan ataupun sebarang tapak yang anda fikir sesuai dengannya.
  • Anda Perlu ada KESUNGGUHAN DAN SEMANGAT.

Amaran Dari Syarikat UK ICE BLENDZ

Jika anda inginkan pendapatan lumayan serta merta, syarikat kami bukan tempatnya,bisnes kami ini adalah untuk jangkamasa panjang yang akan membantu anda menambahkan pendapatan anda dengan cara tersendiri dan berterusan INSYAALLAH.

SYARIKAT KAMI MENJADI PILIHAN?

Kami mengutamakan mutu perkhidmatan dan Quality produk serta harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding yang lain.

Setiap lapisan masyarakat mampu membuka bisnes ini tidak kira di kampung /desa dan juga bandar.

Telah ramai yang berjaya menyertai kami dan berterima kasih kerana mereka dapat meningkatkan taraf pendapatan dengan menjadi usahawan ini.

TUJUAN/MATLAMAT SYARIKAT UKICEBLENDZ

Ingin membantu mereka yang minat dalam bisnes ini yang sukar mendapatkan peralatan dan bahan mentah yang murah berbanding dipasaran.

Memberi / membuka peluang @ ruang penyertaan kepada semua tidak mengira tahap umur sama ada dewasa/remaja/pertengahan umur dan juga warga emas menceburi dunia perniagaan ice blended ini.

Bagi mewujudkan peluang pekerjaan terutama kepada golongan muda,graduan,pesara tentera yang menamatkan perkhidmatan diusia yang muda atau sesiapa juga yang berminat dalam bidang keusahawanan.

Membuka pandangan / minda masyarakat pada hari ini khususnya generasi muda untuk menceburi bidang perniagaan sebagai kerjaya yang utama dimasa kini dimana mempunyai potensi yang cerah dimasa hadapan yang terjamin.

Ingin melahirkan generasi usahawan Bumiputra yang berdaya saing serta mampu mengadaptasikan arus globalisasi perniagaan terkini.

Serta membuka minat dan juga tumpuan bahawa bisnes ini boleh melangkah lebih jauh setanding dengan perniagaan globalisasi masa kini.

BAGAIMANA PERNIAGAAN INI DIJALANKAN?

Perniagaan ini mudah dijalankan hanya dengan penerangan kurang 30 minit complate training / pemasangan dan cara-cara membuatnya.

Anda sendiri boleh memohon dan melaksanakan perniagaan ini,atau anda juga boleh mengupah pekerja jika masa anda terhad,anda juga boleh membuka seberapa banyak networker stall [ tiada had ] berorientasikan MODUS OPERASI seperti berikut;

Kembara Bisnes [ oudoor ] perniagaan bergerak [ menggunakan kereta atau van ] mengikut kitaran semasa-dilokasi-lokasi seperti:: pasar minggu::pasar pagi::pasar malam::pasar tani::sekolah::hari kantin::pesta konvokesyen::majlis-majlis::fun fair::karnival [ Jom Heboh ] acara suka dan sewaktu dengannya.

Fix Bisnes [ Indoor ] statik dilokasi-lokasi atau premis-premis tertentu seperti restoran,cafe,minimarket,pasaraya,perhentian bas,texi airport railway station,tempat rehat lebuhraya dan seumpamanya.

MEMPUNYAI PRODUK [ SERBUK POWDER / JUS ] halal TERKINI

Mempunyai produk yang terkini dan terlaris di pasaran dijamin memenuhi selera penggemar Ice Blended.

Mempunyai 4 step mudah untuk menghasilkan ice blended yang bermutu tinggi keluaran Bumiputra.

Rasa yang enak dan tersendiri dijamin nak lagi dengan dirumuskan dan diadunkan dengan tahap kebersihan dan kualiti yang optima.

Tarikh luput 6 sehingga 12 bulan [ bergantung pada jenis produk pada suhu bilik ]

MEMPUNYAI PERALATAN YANG BERMUTU TINGGI

Blender :: Menggunakan blender khas yang dijamin memecahkan ais tanpa was-was dengan jaminan 1 tahun dengan 4 ori jug kepada pakej RM 1499- RM 3499.Dengan penggunan 4 ori jug ini penting agar rasa Ice Blended tidak bercampur aduk dengan perasa-perasa yang lain,pada masa yang sama juga memudahkan proses pembikinan Ice Blended terutama pada waktu puncak.

Stall :: mudal lipat menjadi kecil dan alih kemana kedudukan senang dibawa didalam but kereta atau van.Lebih lebar dai biasa berbanding yang lain 6ft X 2ft.[ struktur besi stall tahan karat dan anti calar dengan besi disaluti chrome untuk menu display sebelah atas dan bawah menggunakan expoxy powder coating-bukan cat biasa yang akan menyebabkan struktur besi stall cepat berkarat.

Signage [ signboard ] kalis air dan tahan lasak serta anti pudar dan mudah dipasang [ plastic laminated ]

Kanister Isian Powder :: kedap udara dengan pelekat penuh yang menarik.

Ice Box Coleman :: tahan lasak dan mempunyai salur air keluar untuk mengekalkan ketahanan jangka hayat ais didalamnya.

Portable Petro Generator :: sumber bekalan kuasa dengan jaminan kedai 1 bulan sahaja [ hanya untuk networker di Lembah Klang sahaja,di kawasan luar Lembah Klang anda digalakkan membeli generator sendiri dikawasan yang berhampiran dengan anda bagi memudahkan urusan servis jika berlaku masalah teknikal

PERKHIDMATAN PELANGAN

Dari segi perkhidmatan kami menawarkan After Sales Service seperti penghantaran produk,tunjuk ajar,konsultansi,latihan atau masalah berkaitan.

KAJIAN PEMASARAN

Pihak kami akan mematau pasaran dari semasa kesemasa dan selalu ada hubung kait dengan networker memberi pandagan/nasihat/dan motivasi jika perlu.

JANGKAAN PULANGAN MODAL

Kami menjangkakan pulangan modal yang dilaburkan RM 2999-RM 3499 jika anda seorang yang tabah dan bersemanggat yang kuat akan menerima balik dalam masa 1-3 bulan dengan anggaran bersih RM 50- RM 100 sehari.Dengan syarat,perniagaan dijalankan setiap hari tanpa jemu. INSYAALLAH.

MENAWARKAN PAKEJ DENGAN HARGA YANG MENARIK DAN MESRA PELANGGAN

Dengan diperhalusi pihak Ukiceblendz Sales & Marketing menawarkan pakej harga yang amat competitif dan relatif serta yang paling rendah dipasaran dengan kualiti peralatan dan produknya.